Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi
sektor swasta masih kekal pada usia 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua,
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, kerajaan belum bercadang
menggubal peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja
sektor terbabit dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun yang berkuat kuasa
Januari depan.
“Lanjutan keputusan kerajaan melanjutkan umur persara swasta, telah menimbulkan banyak spekulasi pengeluaran KWSP dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60. Pada peringkat ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu telah memberikan sumbangan kain jubah, kurma, dan air zamzam kepada anggota jawatankuasa masjid bagi kawasan parlimen Tambun,Perak di sini.
Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Husni berkata, perkara itu adalah antara aspek yang diteliti dalam Belanjawan 2013.
“Keputusan (pemberian kedua) tertakluk bahawa perbelanjaan mengurus mesti dibiayai hasil pendapatan kerajaan, yang mana hasil itu mesti melebihi perbelanjaan mengurus,” katanya.
Beliau juga berkata, belanjawan kali ini bertumpu kepada aspek inisiatif mengurangkan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga barang makanan dan pelbagai barangan lain.

{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar