Anne Ngasri Tidak Ingin Tipu Anak-Anak Mengenai Status Diri

on 14 Agustus 2012



Pelakon Anne Ngasri kini telah mengambil pendekatan tidak ingin tipu anak-anaknya mengenai statusnya yang sudah berpisah dengan suami, Abdul Wafi Hassan walaupun mereka dilihat berkawan baik.

Anne, 28, berkata, dia mahu tiga anaknya mengetahui status tersebut agar mereka benar-benar faham apa sebenarnya yang telah berlaku di antara dia dengan bekas suamnya itu.
"Saya tidak mahu menipu mereka dan adalah lebih baik mereka faham kenapa bapa kandung mereka tidak tinggal serumah.

"Setakat ini anak yang sulung semakin memahami apa yang terjadi dan menerimanya dengan baik manakala dua adiknya masih belum faham perkara sebenar," ujarnya.

Dalam pada itu, Anne juga berkata, hasrat untuk menceritakan kisah rumah tangga terhadap anak-anak tetapi bukan tujuan memburuk-burukkan Wafi sebaliknya ingin mereka faham bagaimana sebuah keluarga yang telah mengalami kegagalan rumah tangga.

Malah kata Anne, bekas suaminya sangat mengambil berat dan masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan baik kepada tiga anak mereka iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.

"Wafi sering datang jumpa anak-anak dan menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Anak-anak juga memang rapat dengan dia," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan menjelang Aidilfitri, Anne berkata, setiap tahun dia akan mengutamakan anak-anaknya sebelum membeli pakaian untuk dirinya sendiri.

Ann juga bakal berkunjung ke rumah kekasihnya iaitu Alif Aziz di Singapura pada Hari Raya nanti, Anne memberitahu dia hanya akan bercuti selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan penggambaran filem dan drama.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Anonim mengatakan...

anne ni cantik sangat!


14 Agustus 2012 pukul 09.21

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved