Abdul Jabbar Mohammed Kahar telah dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim ketiga (IM3) selepas mengenepikan Mohamammad Hafiz Abdul Khodir pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi.
Rakaman program itu disiarkan di saluran Astro Oasis (106) pada Jumaat. Jabbar, 28, berkata, kemenangan yang diraihnya itu sangat berbaloi selepas meninggalkan keluarga terutamanya isteri dan dua anak serta menolak tawaran kenaikan jawatan semata-mata untuk menyertai program tersebut.
"Saya bersyukur dan berterima kasih di atas sokongan keluarga dan peminat IM3.
"Kemenangan ini adalah permulaan saya untuk menghadapi arena dakwah yang lebih mencabar di luar sana," ujarnya apabila ditemui di Astro, di sini selepas siaran IM3.
Kemenangan tersebut membuatkan Jabbar layak membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 sumbangan Astro beserta sebuah trofi.
Sementara itu, Hafiz, 27, mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 sumbangan Astro dan RM15,000 daripada Bank Islam beserta trofi.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar