Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang blogger yang juga sebagai wartawan
televisyen tempatan, Zulhazri
Abu Bakar (Hazrey) pada 5
Ogos lalu di Balai Polis Johor Bahru Central terhadap kenyataan berunsur fitnah
dengan niat menjatuhkan maruah, integriti serta kerjanya yang dilakukan oleh
Mohd Noor bin Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat Sepah.
Laporan yang disiarkan melalui sisipan akhbar Mingguan Malaysia,
Pancaindera bertarikh 29 Julai di muka surat 12 dengan tajuk “Isu di
Twitter, Mamat enggan mohon maaf” itu menyiarkan kenyataan Mamat yang
telah mengeluarkan kenyataan fitnah seperti berikut:
“Bukan tunjuk samseng, bagi saya dia seorang yang tak ada adab dan
tak hormat orang. Dia yang menggertak dan memaki hamun saya di Twitter terlebih
dahulu. Saya Cuma berdiam diri. Tapi bila dia melibatkan mak bapak saya, ini
sudah melampai. Sekarang siapa yang kurang ajar?”
Jelas Hazrey, ayat itu secara jelas melakukan fitnah jenayah terhadapnya
dengan tujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang wartawan.
Tambah Hazrey lagi, Mamat turut membuat kenyataan fitnah di ruangan sama
yang berbunyi “Dia ada beritahu saya dia seorang wartawan. Tapi rupanya
dia bukan wartawan hiburan. Saya rapat dengan kebanyakan wartawan hiburan dan
saya kenal mereka. Tapi dia ni saya langsung tak pernah kenal. Jangan kerana
tiket wartawan yang dia pegang, dia ingat dia boleh gunakannya untuk menghentam
orang sesuka hati. Memang tak ada adab.”
Manakala pada 25 Julai, Mamat turut membuat kenyataan palsu dan fitnah di
blog hiburan www.murai.com.my seperti berikut:
“Namun tidak semena-mena saya ditempelak terus dengan seorang yang
menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki saya kerana
tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu.”
Kenyataan yang sama turut dipaparkan di blog Rotikaya.com.
Terkini pada 5 Ogos lalu menerusi program hiburan Propaganza, Mamat telah
membuat kenyataan bervisual seperti berikut:
“Kau memang penakut gila, dia masuk ke tempat saya tak beri salam
tau. Artis bodoh semua. Gua ajak lu jumpa tak nak. Kalau dia tak nak jumpa saya
tak pa, saya tahu rumah dia kat mana. Dia cakap dia member polis, saya pun tak
takut.”
Menurut Hazrey, kenyataan itu jelas palsu dan bertujuan memfitnah secara
jenayah dan melakukan ancaman menakutkan apabila mengetahui di mana saya
tinggal.
Akibat kenyataan Mamat, kehidupan serta emosi Hazrey terganggu selain
integritinya sebagai seorang wartawan turut terjejas.
Hazrey juga turut menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang melalui
saman sivil sekiranya pelawak tersebut tidak memohon maaf secara terbuka dan
mengakui apa yang dinyatakan di beberapa media tersebut adalah rekaan, palsu
dan berunsur fitnah.
Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang blogger yang juga sebagai wartawan televisyen tempatan, Zulhazri Abu Bakar (Hazrey) pada 5 Ogos lalu di Balai Polis Johor Bahru Central terhadap kenyataan berunsur fitnah dengan niat menjatuhkan maruah, integriti serta kerjanya yang dilakukan oleh Mohd Noor bin Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat Sepah.
Laporan yang disiarkan melalui sisipan akhbar Mingguan Malaysia, Pancaindera bertarikh 29 Julai di muka surat 12 dengan tajuk “Isu di Twitter, Mamat enggan mohon maaf” itu menyiarkan kenyataan Mamat yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah seperti berikut:
“Bukan tunjuk samseng, bagi saya dia seorang yang tak ada adab dan tak hormat orang. Dia yang menggertak dan memaki hamun saya di Twitter terlebih dahulu. Saya Cuma berdiam diri. Tapi bila dia melibatkan mak bapak saya, ini sudah melampai. Sekarang siapa yang kurang ajar?”
Jelas Hazrey, ayat itu secara jelas melakukan fitnah jenayah terhadapnya dengan tujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang wartawan.
Tambah Hazrey lagi, Mamat turut membuat kenyataan fitnah di ruangan sama yang berbunyi “Dia ada beritahu saya dia seorang wartawan. Tapi rupanya dia bukan wartawan hiburan. Saya rapat dengan kebanyakan wartawan hiburan dan saya kenal mereka. Tapi dia ni saya langsung tak pernah kenal. Jangan kerana tiket wartawan yang dia pegang, dia ingat dia boleh gunakannya untuk menghentam orang sesuka hati. Memang tak ada adab.”
Manakala pada 25 Julai, Mamat turut membuat kenyataan palsu dan fitnah di blog hiburan www.murai.com.my seperti berikut:
“Namun tidak semena-mena saya ditempelak terus dengan seorang yang menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki saya kerana tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu.”
Kenyataan yang sama turut dipaparkan di blog Rotikaya.com.
Terkini pada 5 Ogos lalu menerusi program hiburan Propaganza, Mamat telah membuat kenyataan bervisual seperti berikut:
“Kau memang penakut gila, dia masuk ke tempat saya tak beri salam tau. Artis bodoh semua. Gua ajak lu jumpa tak nak. Kalau dia tak nak jumpa saya tak pa, saya tahu rumah dia kat mana. Dia cakap dia member polis, saya pun tak takut.”
Menurut Hazrey, kenyataan itu jelas palsu dan bertujuan memfitnah secara jenayah dan melakukan ancaman menakutkan apabila mengetahui di mana saya tinggal.
Akibat kenyataan Mamat, kehidupan serta emosi Hazrey terganggu selain integritinya sebagai seorang wartawan turut terjejas.
Hazrey juga turut menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang melalui saman sivil sekiranya pelawak tersebut tidak memohon maaf secara terbuka dan mengakui apa yang dinyatakan di beberapa media tersebut adalah rekaan, palsu dan berunsur fitnah.
{ 1 Comments... read them below or add one }
Adus...macam 2 ler dunia hiburanini..
Tapi aku sokong sikit mamat sepah ini..kadang2 wartawan ini melampau2 sebab dia ada power...
8 Agustus 2012 pukul 17.17
Posting Komentar