Maria Tunku Sabri Menghidapi Ketumbuhan

on 30 Agustus 2012

 
Maria Tunku Sabri, ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Wanita Hari Ini (WHI) semalam, Maria memaklumkan bahawa sambutan lebarannya pada kali ini masih belum lengkap dan sempurna.

Menurut Maria, Lebaran kali ini beliau belum sempat untuk beraya di kampung halaman, kerana suaminya sibuk bekerja. Selain itu, Maria juga turut melahirkan rasa sedihnya kerana ini merupakan tahun ke dua beliau menyambut Lebaran tanpa ibu tersayang.

“Selalunya raya kedua saya akan pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah, tapi tahun ini saya belum balik sana lagi sebab suami saya sibuk bekerja. Macam tahun lepas, raya pertama saya sudah berada di kampung, sebab masa itu keluarga ada buat tahlil buat arwah ibu.”

Untuk makluman, ibu Maria Tunku Sabri telah kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan 2010 yang lalu, di mana pada ketika itu beliau sedang sibuk menjalani pengambaran program Singgah Sahur di TV3. Ibu Maria telah disemadikan di Makam Diraja Langgar, Kedah.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, beliau merupakan seorang yang gemar memasak. Sekiranya tiada pengambaran, beliau akan masak pelbagai juadah buat keluarganya.


Apabila ditanya, adakah beliau ada perancangan bagi menambah cahaya mata? Dengan rendah diri Maria memaklumkan bahawa beliau sudah tidak boleh mengandung. Katanya lagi, sebelum ini beliau pernah mengalami ketumbuhan yang dipanggil sis sebesar bola.

Akibat ketumbuhan tersebut, rahimnya telah membengkak dan beliau terpaksa membuang rahim tersebut.

Namun begitu, Maria bersyukur kerana telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Amreel Nuqman, 14 dan Aleeya Nazneen, 5 tahun.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved