Mati Ditembak Semasa Menunggu Anak

on 30 Agustus 2012



Seorang lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut manakala isterinya cedera parah apabila ditembak dua lelaki dari jarak dekat ketika kedua-duanya sedang menunggu anak lelaki mereka pulang di depan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian tersebut kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, K Archuthan, 41, yang dikenakan tindakan buang daerah ke Perlis sebelum dibebaskan Jun lalu, maut di tempat kejadian setelah terkena tembak dua lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.


Suspek melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat ketika mangsa berada di dalam Toyota Camry berwarna perak.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Yen, 28, berkata ketika kejadian, dia berada di dalam kedai berhampiran terdengar bunyi beberapa das tembakan.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved