Mayat lelaki mati dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya terputus dipercayai dipenggal manakala kedua-dua kaki serta lengannya dikerat telah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil di sini, Khamis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh berkata, mayat lelaki tersebut yang turut dibakar itu dipercayai berusia lingkungan 30-an ditemui oleh orang awam pada pukul 9.45 pagi ini.
Beliau berkata, orang awam yang melalui
kawasan berkenaan ternampak unggun api di tepi lorong ladang terbabit
dan menghampirinya sebelum ternampak mayat yang telah dikerat itu.
Lelaki itu dipercayai dibunuh dan
mayatnya dikerat di tempat lain sebelum dibawa ke ladang yang terletak
kira-kira 50 meter dari jalan besar untuk dilupuskan, katanya kepada
pemberita di tempat kejadian.
“Lelaki itu dibunuh dengan kejam apabila
kepalanya dipenggal manakala kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut
dan tangannya dikerat dari aras siku sebelum dibakar.
“Mayat yang telah dikerat itu dikumpul di dalam plastik hitam sebelum dibawa ke lorong itu dan kemudiannya dibakar,” katanya.
Mohd Nasir berkata, tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan kerana hampir keseluruhan badannya terbakar.
“Mayat itu dikenal pasti sebagai lelaki kerana kemaluannya tidak hangus dan dua jari mangsa juga tidak terbakar,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan oleh Pakar
Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh mengesahkan
lelaki itu meninggal dunia kira-kira tujuh jam sebelum ditemui.
Katanya, siasatan awal polis menemui
tiga tin berisi bahan bakar yang dipercayai digunakan bagi membakar
mayat mangsa berhampiran kawasan kejadian.
“Kita juga percaya lebih daripada
seorang suspek terlibat dalam kejadian ini dan mereka membuat persiapan
teliti bagi melupuskan mayat mangsa,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
Beliau turut meminta orang ramai yang
mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat
Polis Daerah Seberang Perai Selatan atau mana-mana balai polis
berdekatan.
{ 1 Comments... read them below or add one }
Kejamnya...ni mesti kes amarah yg amat sangat
31 Agustus 2012 pukul 20.06
Posting Komentar