Mati Semasa Menonton Televisyen

on 06 Agustus 2012




Seorang pesara di London yang begitu fanatik terhadap bidang sukan, akhirnya meninggal dunia selepas terhidu asap akibat kebakaran yang berpunca daripada televisyennya sendiri.

Pasukan penyiasat percaya, Peter Horbury, 69, meninggal dunia ketika menonton terlalu lama sukan olimpik melalui kaca televisyen hingga menyebabkan televisyen itu terbakar.

Horbury, yang menetap seorang diri meninggal dunia pada 6.20 pagi.

Menurut jirannya, Horbury yang merupakan peminat sukan dan tidak sabar-sabar untuk menyaksikan sukan Olimpik.

Horbury juga adalah bekas ahli sukan dan dia memaklumkan kepada saya yang dia akan menyaksikan sukan berkenaan melalui kaca tv sepanjang masa.

Dia tidak mampu membeli tiket untuk menyaksikannya di stadium, justeru dia hanya menonton melalui tv sahaja,’’ katanya yang enggan dikenali.

Dalam masa yang sama, seorang lagi jirannya, Stanley West, 82, berkata, dia menghubungi polis selepas melihat asap hitam melalui tingkap rumah Horbury.

Satu-satunya yang kami dengar adalah bunyi bising sekitar pukul 2.40 pagi, iaitu bunyi seperti meja dialihkan ke seluruh lantai,’’ katanya.

Seramai 20 anggota bomba dikerahkan memadamkan kebakaran dan polis serta pasukan penyiasat turut dipanggil bagi menjalankan siasatan.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved