Penyampai radio popular, Reza Mohamed telah pun
menyertai Suria FM secara rasmi bermula Isnin yang lalu. Celoteh dan bicara
jejaka kelahiran program realiti Akademi Fantasia ini semestinya mengubati
kerinduan peminat beliau setelah 6 bulan tidak bersama udara.
Ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa anjuran Suria FM
di Best Western Premier di ibu kota kelmarin. Menurut Reza, bagaikan pucuk
dicita ulam mendatang, tawaran itu menyedarkan beliau akan khidmatnya yang masih
diperlukan dalam bidang radio tanah air.
“ Saya
tinggalkan radio sebelum ini disebabkan saya mahu beri perhatian dan fokus sepenuhnya
pada studio saya. Desas-desus mengatakan saya punya masalah dengan pengurusan
radio sebelum ini adalah tidak benar sama sekali. Dalam masa uruskan studio
saya, kebetulan Suria FM tawarkan kepada saya peluang ini. Saya beranggapan ini
rezeki untuk saya dan perkembangan karier seni saya jadi saya ambil keputusan
untuk terima tawaran ini “, ujar Reza.
Sebelum itu ketika Encik Yusry Abu Samah, Ketua
Pegawai Penyiaran Suria FM diajukan soalan, mengapa Reza menjadi pilihan,
beliau menjelaskan personaliti Reza yang sentiasa ceria dan kepetahan Reza
sewaktu menjayakan satu segmen jemputan di Suria sebelum ini telah menjadi menyebabkan
mengapa jejaka itu diplih. Di lihat berupaya memikat hati penonton dari segenap
umur mahupun jantina, Reza diberi mandat bagi mengemudi segmen Menu Ceria Suria
dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari.
“ Insya-Allah,
strategi saya bagi segmen ini adalah untuk memastikan pendengar ‘melekat’
bersama saya khususnya bagi yang sedang berkerja. Saya ada berbincang dengan
pihak pengurusan untuk menampilkan beberapa idea bagi menjayakan misi ini “,
tambah Reza lagi.
Menurut Reza, walaupun baru beberapa hari bersiaran
bersama radio tersebut, maklum balas yang diterima khususnya dari laman sosial
Twitter dan Facebook amat menggalakkan dan mendorong beliau untuk lebih terus
memberikan yang terbaik kepada Suria. F.M juga para pendengar.
“Ramai peminat
beritahu bahawa kerinduan mereka hilang bila dengan saya berceloteh macam mak
nenek. Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan reaksi yang positif dari mereka ini
“, akhiri Reza yang hanya tersenyum bila diasak media berkenaan bayaran yang
diterima.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar