Shah Rukh Khan Di Denda

on 06 Agustus 2012



Aktor Bollywood yang terkenal , Shah Rukh Khan kini telah didenda sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu selepas menghisap rokok di tempat awam semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin.

Denda itu sebenarnya lebih rendah daripada harga sekotak rokok miliknya.
Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara membenarkan Shah Rukh membayar denda tersebut menerusi peguamnya.
Shah Rukh yang juga merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders.

Dia menghisap rokok pada 8 April lalu semasa satu perlawanan antara kelabnya dengan Rajasthan Royals di Stadium Sawi Man Singh.
Pengendali Akademi Kriket Jaipur, Anand Singh mengemukakan aduan mahkamah terhadap Shah Rukh pada 9 April lalu berdasarkan gambar yang disiarkan beberapa akhbar di India.

Gambar itu menunjukkan Shah Rukh menghisap rokok semasa perlawanan berlangsung.

Anand memohon tindakan dilakukan terhadap bintang filem itu di bawah Akta Larangan Merokok Rajasthan tahun 2000 yang melarang rokok dihisap di tempat awam-Agensi.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved