Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan sebuah drama menarik berjudul 'Cinta Getir' yang di lakonkan bersama Shahrizal Jazle dan Mardiana Alwi, Sheila Mambo, Zack Zamri dan Maslina Nasir yang mengisi slot Citra yang popular di TV2.
Telefilem ini berkongsi kisah pertemuan yang tidak di rancang antara Tina, seorang ahli koporat yang dianiaya kerana dituduh membunuh dengan pemuda yang bernama Ajib seorang perompak yang telah melarikan diri selepas terlibat dengan satu siri rompakan.
Secara tidak sengaja, mereka bertemu dalam satu rumah dimana kedua-duanya cuba untuk menyembunyikan diri dari ditangkap pihak polis yang memburu mereka.
Pertemuan yang tidak dijangka itu membuatkan mereka sering bersama dan dalam diam mula timbul rasa cinta dalam hati antara keduanya. Ajib yang tidak mampu untuk meluahkan kata cintanya pada Tina disebabkan jurang perbezaan antara mereka sangat berbeza bagaikan langit dan bumi.
Di saat getir, mereka menyelamatkan diri setelah tempat persembunyai mereka diketahui polis, ketika inilah mereka membuat keputusan yang getir. Keadaan cuba menguji kesetiaan cinta mereka.
Tina mahu menyerah diri dan menyuruh Ajib lari semata-mata tidak mahu Ajib dihukum kerana rasa kasih dan sayangnya terhadap pemuda itu. Setelah selesai kes, Tina berjanji akan mencari semula Ajib demi menyatukan cinta suci mereka itu.
Apakah yang jadi selepas itu? Adakah pengorbanan Tina di persetujui oleh Ajib atau pun Ajib sendiri yang berjanji mahu mencari semula Tina setelah menjalani hukuman?
Jangan lupa menyaksikan babak-babak menarik drama ini hanya di TV2 pada 7 Ogos 2012 (Selasa), jam 10.00 malam.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar