“Saya akui memang
tidak suka dengan lelaki bertubuh gempal atau besar. Saya suka lelaki
metroseksual”
Penyanyi
yang popular dengan lagu Adam dan Hawa ini sekaligus mengakui bahwa tunangnya, Firos
Ezzwan Rossly bukanlah lelaki idamannya. Lantaran timbul ‘spekulasi nakal’, mungkin juga itu
puncanya Misha mengambil keputusan menangguhkan perkahwinan bersama juruterbang
Penerbangan Malaysia (MAS) itu.
Bagaimanapun,
jelas Misha, dia tertarik dengan keikhlasan dan kebaikan hati-budi Firos.
“Saya
pilih dia kerana keikhlasan dan kebaikan hati-budinya. Saya tahu dia menyayangi
saya dengan sepenuh hati. Kalau saya dapat lelaki idaman sekali pun, belum
tentu dia boleh menyayangi saya seperti Firos lakukan. Kami saling menggagumi
dan dia adalah lelaki terbaik untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak saya.
Dia melengkapi hidup saya.
“Selepas bertunang saya dapat merasakan perbezaan
dalam hidup saya. Dahulu orang sering buat spekulasi tentang status perkahwinan
saya. Kini cerita-cerita begitu tidak kedengaran lagi. Hati saya rasa lebih
tenang dan sudah tentu saya kini bahagia. Macam yang saya katakan tadi, Firos
melengkapi hidup saya. Dia sentiasa cuba menggembirakan saya,” ujarnya.
Seperti
mana pasangan lain, Misha turut mengakui kadang-kala berlaku perselisihan faham
di antara mereka, apatah lagi bagi mereka yang dalam fasa alam pertunangan.
Walaupun begitu, mereka kami berjaya mengharungi setiap cabaran dan sentiasa
berbincang seandainya timbul masalah atau“Orang kata ‘darah manis’.
Kalau ada perkara yang menimbulkan rasa kurang senang
antara kami berdua, kami akan berbincang dengan baik. Saya bangga dengan
pencapaian kami hari ini. Tempoh bertunang ini adalah masa terbaik untuk kami
belajar menyesuaikan diri,” kata Misha yang kelihatan lebih
berseri-seri sejak bergelar tunangan orang ini.
Ditebak
dengan tarikh perkahwinan, pemilik nama Samihah Omar ini sekali lagi menjelaskan
bahawa sehingga kini dia masih belum memilih tarikh yang diinginkan.
“Kalau
boleh hendak selesaikan tahun hadapan. Kami memang hendak langsungkan
perkahwinan cepat-cepat. Begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah pihak.
Tetapi, kami harus berfikir secara rasional. Firos masih dalam latihan kerja.
Saya tidak mahu bebankan dia dengan memikirkan persiapan perkahwinan.
Komitmen
kerja lebih penting. Biarlah dia selesaikan latihan penerbangan dahulu sebab
sekarang ini dia sering tertekan. Buat persiapan perkahwinan ini bukannya
mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Saya tak mahu bebankan dia dengan
lain-lain tanggungjawab,” katanya yang bakal muncul dalam telemovie
berjudul “Untung Atas Angin” yang akan ditayangkan di saluran RTM sempena
hari raya nanti.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar