Pelakon hebat Rosyam Nor yang pernah menggarap anugerah Asia Pacific
Film Festival Award sebanyak dua kali kini bakal muncul dalam filem
berbahasa Cina yang berjudul “Once Upon A Time”.
Di bawah arahan Silver, filem tersebut juga turut dibintangi Jack Lim
yang merupakan seorang juruhebah radio MY FM, Gan Mei Yan, Jason, dan
juga Jeff.
Rosyam dan Silver sememangnya berkawan baik, seperti yang diketahui
ramai. Menurut Rosyam, tawaran tersebut dibuat semasa penggambaran filem
“Balistik” yang diarahkan oleh beliau yang turut dibintangi beberapa
pelakon sama dalam “Once Upon a Time”.
“Kami sedang memupuk semangat 1 Malaysia, yang mana filem “Balistik”
juga dibintangi beberapa pelakon Cina, dan saya sendiri akan berlakon
dalam “Once Upon a Time,” katanya.
Sambil berjenaka, beliau menyambung, “Saya percaya yang Silver akan
memberikan saya watak besar kerana saya memberikan watak ketua samseng
kepada Jack dalam filem saya. Memandangkan Jack memegang watak raja
dalam “Once Upon a Time”, saya mengharapkan watak seorang raja dari
negara lain!”
Namun, watak yang dipegang Rosyam dalam filem Silver itu adalah seorang pengemis.
Rosyam kemudianya ditanya sama ada beliau tidak kisah hanya diberikan watak kecil.
“Tidak kira betapa kecil atau besar watak sesebuah filem, semua watak
adalah penting. Saya sudah pun berasa istimewa kerana saya seorang yang
akan bertutur dalam bahasa ibunda dalam filem tersebut.”
“Once Upon A Time” adalah sebuah filem adaptasi daripada lakonan pendek “Palace
Stories” yang popular di saluran MY FM dan disuarakan oleh Jack Lim da
Gan Mei Yan.
Ianya mengisahkan sebuah pengembaraan seorang raja yang biasa hidup
senang lenang bersama dua orang temannya di zaman moden setelah melarikan diri
dari kekecohan negara yang berlaku.
Filem tersebut dikatakan bakal diriliskan pada Tahun Baru Cina 2013.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar