Mohd Amir Bin Mohd Anuar Kini Di Buru Polis

on 16 Agustus 2012

Teman lelaki kepada Nurul Firzanah Mat Zaki iaitu Mohd Amir Bin Mohd Anuar kini diburu polis kerana telah membakar mangsa yang juga teman wanitanya. Sikap panas barannya adalah punca kenapa Nurul Firzanah dibakar di perumahan wangsa maju. Mangsa kini dilaporkan koma dengan badan hampir melecur akibat disimbah dengan petrol sebelum dibakar. 
Ini adalah gambar mangsa kes bakar Nurul Firzanah yang dipercayai dilakukan oleh teman lelaki sendiri Mohd Amir Bin Mohd Anuar di wangsa maju. Memang sungguh kejam apabila kekasih sendiri sanggup membakar mangsa yang baru saja berusia 16 tahun. Menurut laporan,  mangsa dikatakan keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu sebelum disimbah petrol dan dibakar sehinggakan 25 peratus badan mangsa melecur.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar bagi berjumpa dengan teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.  Polis juga telah menyebarkan gambar suspek yang berumur 19 tahun.

Berikut adalah gambar suspek Mohd Amir yang kini dikehendaki.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 19 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

RamRamCute mengatakan...

senang betul nak bakar anak orang ye...hebat betul!!


16 Agustus 2012 pukul 12.38
Unknown mengatakan...

apa kata kalo kita bakar dia balik., amacam ?


16 Agustus 2012 pukul 20.58

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved