Selepas seribu satu tanda tanya
mengenai status sah anak yang dilahirkan aktres terkenal, Norish Karman, akhirnya
dia kini mengaku bahawa gambar yang tersebar itu adalah miliknya.
Norish Karman atau lebih dikenali dengan panggilan NK, mengesahkan bahawa
penafian yang dilakukan sebelum ini adalah semata-mata untuk berselindung dari perihal
peribadinya.
NK Selamat melahirkan anak lelaki yang
diberi nama Haq Lutfie Alexander pada 24 September 2011 yang lalu di sebuah
Hospital Swasta di Subang.
“Sebetulnya sebelum penyebaran gambar
tersebut di Internet, saya tidak mahu menghebahkannya kepada pengetahuan umum
terutamanya media kerana tidak mahu orang bercakap mengenai perihal peribadi
saya.”
“Selepas penyebaran tersebut, saya seakan
lega pula kerana tidak lagi perlu berselindung.”
Apabila ditanya tentang status sebenar anaknya
itu, Norish Karman tidak mahu mengulas lanjut dan menyifatkan semua itu adalah
hak peribadinya. Dia turut menegaskan bahawa setiap apa yang terjadi adalah
urusannya dengan yang Maha Esa.
“Jika ada yang mempertikaikan siapa bapa
dan bagaimana boleh terjadi, ianya adalah urusan diantara saya dan juga Tuhan.”
Walaubagaimanapun, NK turut memberitahu
setelah mengetahui dirinya mengandung pihak hospital ada menyarankan dia
menggugurkan kandungan namun dia menolak.
“Saya tahu perasaan seorang yang telah bergelar
Ibu. Saya telah berfikir masak-masak dan mengambil keputusan untuk melahirkan
dan menjaga bayi yang dikandungkannya ini.”
Berbalik semula kepada kenyataan rasminya,
dia mahu fokus dengan kehidupan baru sebagai ibu tunggal bersama Haq dan tiga
lagi anaknya bersama bekas suami terdahulu, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir iaitu
Haqiem Amany, Muhammad Hady Amieran dan Nur Hanyz Amanda.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar