Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Gambar Elyana, Suami dan Anaknya

on 29 Agustus 2012

Gambar Elyana, Suami dan Anaknya| Kami kongsikan gambar Elyana, suami dan anaknya yang sudah umur setahun.

Anaknya yang bernama Summaiyah kini sudah besar dan  mencecah usia setahun.Terima kasih kepada forum Cari yang sudi kongsikan kehidupan terkini Elyana.


Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak

on 27 Agustus 2012


Selepas seribu satu tanda tanya mengenai status sah anak yang dilahirkan aktres terkenal, Norish Karman, akhirnya dia kini mengaku bahawa gambar yang tersebar itu adalah miliknya.

Norish Karman atau lebih dikenali dengan panggilan NK, mengesahkan bahawa penafian yang dilakukan sebelum ini adalah semata-mata untuk berselindung dari perihal peribadinya. 

NK Selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Haq Lutfie Alexander pada 24 September 2011 yang lalu di sebuah Hospital Swasta di Subang.

“Sebetulnya sebelum penyebaran gambar tersebut di Internet, saya tidak mahu menghebahkannya kepada pengetahuan umum terutamanya media kerana tidak mahu orang bercakap mengenai perihal peribadi saya.”

“Selepas penyebaran tersebut, saya seakan lega pula kerana tidak lagi perlu berselindung.”
Apabila ditanya tentang status sebenar anaknya itu, Norish Karman tidak mahu mengulas lanjut dan menyifatkan semua itu adalah hak peribadinya. Dia turut menegaskan bahawa setiap apa yang terjadi adalah urusannya dengan yang Maha Esa.

“Jika ada yang mempertikaikan siapa bapa dan bagaimana boleh terjadi, ianya adalah urusan diantara saya dan juga Tuhan.”

Walaubagaimanapun, NK turut memberitahu setelah mengetahui dirinya mengandung pihak hospital ada menyarankan dia menggugurkan kandungan namun dia menolak.

“Saya tahu perasaan seorang yang telah bergelar Ibu. Saya telah berfikir masak-masak dan mengambil keputusan untuk melahirkan dan menjaga bayi yang dikandungkannya ini.”
Berbalik semula kepada kenyataan rasminya, dia mahu fokus dengan kehidupan baru sebagai ibu tunggal bersama Haq dan tiga lagi anaknya bersama bekas suami terdahulu, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir iaitu Haqiem Amany, Muhammad Hady Amieran dan Nur Hanyz Amanda.

Anak Menjadi Mangsa Rogol Bapa Sendiri

on 21 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Gambar Hiasan!
Sebelum korang meneruskan pembacaan dalam entri ini, satu soalan yang ingin saya ajukan kepada korang ialah siapakah orang yang korang paling percaya dalam hidup? Pasti ramai yang akan mengatakan ibu bapalah orang yang paling mereka percaya. Betol tak? Ok, cuba korang baca keratan akbar di bawah:

MIRI: Petang yang sunyi di sebuah rumah panjang di Batu Niah petang kelmarin dijadikan peluang oleh seorang ayah untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan memperkosa anak gadisnya sendiri.

Ketika isterinya keluar ke kebun, si ayah menggunakan peluang berkenaan mendekati anak perempuan yang baru meningkat remaja.

Mangsa yang berusia 13 tahun merupakan anak tunggal, sama sekali tidak percaya diperlakukan sedemikian oleh bapa kandungnya.

Suspek yang berusia 50-an secara tiba-tiba menerkam dan mengoyak pakaian anaknya yang leka menonton televisyen di ruang tamu kediaman mereka.

Ketika kejadian sekitar jam 2.30 petang, kebanyakan penduduk dewasa termasuk ibu mangsa keluar rumah untuk mengusahakan kebun dan ladang kelapa sawit.

Ibu mangsa yang letih selepas balik dari kebun dikatakan terkejut melihat `aksi’ terkutuk suaminya itu terhadap anaknya sendiri.

Berang dengan perbuatan si suami, mangsa segera dibawa keluar oleh ibunya dan segera melaporkan kejadian berkenaan kepada polis di Balai Polis Batu Niah di sini sekitar jam 3 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris yang dihubungi semalam mengesahkan kes ini dan menambah, suspek ditahan setelah menerima laporan daripada ibu mangsa.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun atau sebatan,” jelasnya.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Mangsa juga dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.
Sebenarnya tujuan saya membuat entri ini bukanlah untuk menidakkan kepercayaan korang kepada mak dan ayah korang, tetapi cuma ingin mengingatkan supaya korang sentiasa waspada dalam apa juga keadaan. Dunia di akhir zaman ni apa-apa benda boleh terjadi. Sedangkan manusia yang bergelar ustaz @ ustazah boleh termakan dengan hasutan syaitan laknatullah, inikan lagi kita yang mempunyai iman yang tidak menentu ini. Fikir-fikirkan...

Sumber: Borneo Post

Wassalam~

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved