Dipercayai
seorang lelaki pengusaha kedai jahit berusia 67 tahun, cedera parah di
bahagian perut akibat ditembak tiga lelaki dari jarak dekat di pekan Kulim,
kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedainya setelah isteri dan cucunya keluar untuk makan tengah hari. Menurutnya, mangsa tiba-tiba didatangi tiga lelaki sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang.
“Mangsa yang bagaimanapun enggan berbuat demikian telah membuatkan seorang daripada suspek tidak puas hati dan melepaskan tembakan tepat pada perut mangsa.

“Siasatan awal dijalankan polis mendapati senjata digunakan suspek adalah senjata buatan sendiri dengan menggunakan peluru penabur,” katanya. Ini merupakan kejadian pertama di Kulim di mana mangsa ditembak dalam kejadian samun" Ujarnya .
Mangsa yang mengalami kecederaan mendapat bantuan dari ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk menjalani pembedahan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.
Kes ini disiasat dibawah seksyen 395/396 kerana melakukan samun secara bersenjata,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim ketika ditemui di pekarangan Hospital Kulim berkata, doktor sedang berusaha mengeluarkan peluru penabur yang mengenai bahagian perut mangsa.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar