Remaja Miskin Menjadi Sasaran Pemesongan Akidah

on 05 Agustus 2012



Menurut Sumber Sinar Harian, sekumpulan remaja dihasut murtad ketika berbuka puasa semalam mendapat reaksi beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, di sini.

Dakyah ini bertujuan bagi memesongkan akidah umat Islam itu dipercayai sudah semakin terbuka dan meluas di negeri ini, malah sebuah rumah pangsa di Padang Tembak di sini dipercayai telah menjadi lokasi sekumpulan individu bergerak aktif yang cuba memesongkan akidah umat Islam hari ini.

Perkara itu telah didedahkan sendiri Setiausaha Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) Pulau Pinang, Nursyazwani Bukhori. Menurutnya, setiap rumah yang menjadi pusat operasi memesongkan akidah umat Islam itu berselindung di sebalik kerja kebajikan buat remaja yang kurang mendapat kasih sayang.


“Sasaran mereka adalah ke atas remaja Islam yang ibu bapa mereka balik lewat malam kerana bekerja dan yang tidak mendapat kasih sayang secukupnya.

“Mereka ini akan memasak makanan dan menyediakan tempat tidur kepada remaja berkenaan. Dalam masa sama, kesempatan ini akan digunakan bagi  mempengaruhi secara halus kepada remaja itu untuk berpaling daripada Islam,” katanya.

1. Amal Budaya Tempatan Taktik Dekati Sasaran

Nursyazwani berkata, taktik yang diambil oleh kumpulan ini dilihat semakin berani dan terbuka, malahan sanggup mengamalkan budaya tempatan supaya fahaman mereka lebih mudah meresapi kepada golongan sasaran ini.

Menurutnya lagi, antara taktik yang digunakan bagi menyebarkan agama berkenaan akan memakai baju kurung untuk mudah menambat hati orang Melayu.

“Kita mungkin berasa selesa melihat orang asing memakai baju kurung sedangkan mereka sebenarnya ada agenda disebalik batu. Mereka juga cuba mempelajari Bahasa Melayu untuk memudahkan pergaulan bagi menyebarkan dakyah mereka.

“Bukan itu sahaja, beberapa cara bagi menarik remaja kita khasnya dalam kalangan mereka yang masih lemah pegangan agama ialah menggunakan perkataan agama Islam sendiri antaranya ALLAH SWT dan penggunaan kitab,” katanya.

Ketika ditanya berkenaan penyebaran dakyah sehingga ke pusat membeli belah terkemuka sekitar Georgetown, IPSI juga mengakui pernah menerima aduan sedemikian.
Nursyazwani mengakui ada lelaki asing yang akan mendekati umat Islam berbuka di sebuah restoran makanan segera.

“Apa yang dapat dilakukan oleh kami adalah mewujudkan satu bahagian di dalam IPSI bagi menyiasat perkara tersebut, namun NGO lain perlu turut sama membantu bagi memantau perkara ini daripada menjadi makin meruncing,” katanya.

“Kita juga tidak boleh menyalahkan penyebar dakyah ini sahaja, kerana mereka cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita, jadi kita sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikannya,” katanya.

2. Terdengar Sendiri Hasutan

Timbalan Pengerusi Kedua Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan Malaysia (ApiPenang), Asti Toba antara individu yang melihat dan mendengar sendiri dua lelaki asing menghasut seorang pengayuh beca yang beragama Islam untuk memeluk agama mereka.

Asti berkata, perkara itu disedarinya ketika sedang membuat kiraan data kumpulan gelandangan sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling.

Menurutnya, pelancong berkenaan pada mulanya hanya sekadar bertanya mengenai kawasan Masjid Kapitan Keling tetapi lama kelamaan berubah topik perbualan.

Setelah kami menjauhi pakcik beca berkenaan saya sendiri mendengar mereka sedang menyampaikan dakyah berkenaan, tetapi masih kurang jelas, namun kami bernasib baik kerana selepas solat Maghrib pakcik berkenaan menunggu kami.

“Dia menceritakan semua yang terjadi dan nampak ketakutan. Lelaki asing itu memaksa pakcik beca mengaku tuhannya adalah benar dan Nabi Muhammad SAW salah. Mereka juga berjanji membawa pakcik berkenaan ke pusat agama mereka keesokannya.

“Tetapi pakcik itu tidak datang ke tempat biasanya kerana takut dijumpai lelaki asing itu,” katanya.




Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved