Beratus-ratus
penumpang dalam sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat-saat
cemas apabila seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu
terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan
Terbang Miri di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan lagi, apabila siasatan mendapati penumpang
berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan
tambang murah itu sendiri.
Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat
AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Menurut Kosmo, Ahad difahamkan, tindakan tersebut lelaki itu
membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan
pesawat tersebut berhenti serta-merta.
Keadaan tersebut telah mencetuskan situasi panik dalam kalangan
penumpang.
Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama
berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit ‘saya
mahu pulang’ sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu
kecemasan.
“Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas,
tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat
tersebut lalu terjun sekali gus telah menyebabkan pesawat berhenti mengejut.
“Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak
sedemikian masih kurang jelas,” kata saksi itu. Pengarah Operasi
Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra (gambar kecil) berkata,
penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan
susulan. Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan
penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
Menurut, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock
Keong, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan
siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar