Menurutnya, perkara itu sebelum ini sudah pernah dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk politik kepartian.
Bagaimanapun, ia tidak mendatangkan sebarang masalah sekiranya tazkirah itu membincangkan soal politik kerana Islam dan politik memang tidak dapat dipisahkan.
"Ia berbeza antara politik kepartian dengan politik semasa. Politik semasa ini memang tidak boleh dipisahkan. Itu tak apa, yang tak bolehnya bila bercakap pasal PAS, pasal Umno," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Tambah beliau, mana - mana kariah masjid dan surau yang mendapati penceramah - sama ada daripada PAS atau Umno yang memberi tazkirah politik kepartian, boleh membuat aduan mengenainya.
"Mana - mana penceramah yang bercakap soal parti politik, kita minta diadukan kepada kita. Siap dengan bukti. Kalau ada rakaman, video dan sebagainya untuk menyokong dakwaan tersebut.
"Kita tidak mahu hanya ada yang kata penceramah ini bercakap pasal politik, tapi bila ditanya siapa, tidak boleh bagitahu. Jika ada bukti yang jelas dan kukuh, tindakan boleh diambil," tegas beliau lagi.
Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas penceramah terbabit, Adun Meru itu berkata perkara tersebut akan diadukan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk diambil tindakan lanjut.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar