Kongres
Kesatuan Pekerja – Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini telah mencadangkan
penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat
awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.
Timbalan
Presiden Cuepacs, Aziz Muda, katanya cadangan tersebut adalah antara 23 syor
yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi
Perkhidmatan Awam.
“Satu
perkara yang perlu kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan.
Ini kerana dengan lonjakan harga rumah yang berlaku, dan gaji yang diterima
penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.
“Jadi
kita minta kepada suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara
komprehensif,” katanya lagi kepada pemberita selepas sesi pembentangan
penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di
sini hari ini.
Turut
dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400
sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun
tetap keraian.
Beliau
berkata semua cadangan itu diharap dapat dilakukan tahun depan.
“Kita
juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk
dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17
kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian
berkuatkuasa pada 1 Jan 2012,” katanya.
Berkata
selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa
ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan pengiktirafan kepada
penjawat awam.
Katanya
Cuepacs komited mengubah pandangan rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam
demi kepuasan rakyat.
“Kami
komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh
supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada
sekarang ini,” katanya.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar