Di Malaysia kes – kes penipuan yang berkaitan wang ringgit
sering berlaku. Antara penipuan yang terkenal berlaku adalah kes seperti jual rumah,
jual beli kereta dan sebagainya.
Rakyat di Malaysia khasnya lebih mudah terdedah kepada
bahaya penipuan
yang sering terjadi terhadap golongan berada. Penipuan ini
adakalanya berlaku kepada golongan kurang berkemampuan. Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji dan umrah yang murah.
Siapa tidak tertarik jika
ditawarkan dengan harga yang nampak murah? Sebagai
rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah taktik penipuan yang
sering kali dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Di
bawah disenaraikan 12 jenis
taktik paling popular yang digunakan oleh golongan ‘durjana’
malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala
taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.
1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus Operandi: Sindiket penyamar kakitangan
Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga
murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej
ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas berada
dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.
2. Jual beli tanah
Modus Operandi: Ahli sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya
berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga yang
ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.
Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran
tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan
sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan
itu milik orang lain.
3. Bomoh buang sial
Modus Operandi: Pawang mendakwa mangsa roh jahat,
roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa
menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil
masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran sebagai pengeras. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada
perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa
wanita dicabul dan ditiduri.
4. Jual beli kereta
Modus Operandi: Sindiket mencari mangsa yang
memiliki kereta bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya dapat
menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.
Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau
menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya
mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan
menghilangkan diri bersama kereta.
5. Menyewa tanah untuk pembinaan
pencawang telekomunikasi
Modus Operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat
telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah bagi
mendidirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang
RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah membuka akaun bank baru kononnya bagi
memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan
alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan
mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.
6. Menang hadiah utama loteri/menang judi
ekor 4D
Modus Operandi: Dalang sindiket ini biasanya adalah
warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mangsa memenangi hadiah utama.
Ahli sindiket termasuklah wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang
kemas dan pemilik kereta mewah.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah
kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri
mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu
besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang
kononnya RM200,000. Jika mangsa
kekurangan wang tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai
dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila
mendapati tiket loteri / ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan
gam.
7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus Operandi: Sindiket membeli pelbagai
barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil
menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila
mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.
8. Menjual barangan yang didakwa daripada
Jabatan Kastam
Modus Operandi: Sindiket mendakwa memiliki
barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan
harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam yang digunakan untuk
menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai
cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran
tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.
9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus Operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana
memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000
terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan
tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan
mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak mengambil perhatian dan
sanggup ditipu.
10. Gores dan menang
Modus Operandi: Dianggotai sindiket yang mencari
mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores
diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta
dan wang tunai. Apabila mangsa
ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh
singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Sering kali
mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan
mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.
11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah
PPRT/kos rendah
Modus Operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar
dan sasaran mangsa biasanya orang tua, miskin atau ibu tunggal. Anggota
sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil
yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah
PPRT / kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan
semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran,
kononnya sebagai deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut
mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka
akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota
sindiket menghilangkan diri.
12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus Operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai
mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Mangsa
bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu. Selepas
bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar