PM Minta Kabinet Semak Semula Seksyen 114A

on 15 Agustus 2012


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan kabinet supaya "membincangkan" pindaan kontroversi terhadap Akta Keterangan 1950 berikutan mendapat bantahan dalam talian, yang dikenali sebagai Hari Tegah Siar Internet.

Najib berkata demikian dalam twitter dari Arab Saudi - di mana beliau yang sedang menghadiri Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Islam (OIC) - supaya rakyat didahulukan.


Dalam twitter itu, perdana menteri berkata, apa sahaja perkara yang dilakukan ianya mesti mendahulukan rakyat.

Najib menghantar twitter tersebut selepas berpuluh-puluh laman web menyokong kempen anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) membantah Seksyen 114A, yang menurut mereka, akan mendedahkan pengguna Internet yang tidak bersalah kepada risiko penganiayaan.

Kempen ini telah banyak dibincangkan di laman web rangkaian sosial dan telah mendapat liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa.

Awal hari ini, beberapa pemimpin BN seperti Naib Presiden MCA Datuk Gan Ping Sieu telah menggesa kerajaan persekutuan supaya menyemak semula Seksyen 114A kerana ia boleh menyebabkan kesusahan kepada pengguna Internet yang tidak bersalah.



Gan adalah antara segelintir pemimpin BN yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap undang-undang tersebut. Yang lainya termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) dan datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam twitternya petang ini, Khairy berkata beliau akan menemui menteri berkenaan, Datuk seri Nazri Abdul Aziz pada hari Khamis bagi meminta kerajaan meneliti semula Seksyen 114A.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved