Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di Kajang.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, anak ketujuh daripada 12 beradik itu yang berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.
Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah kerana hendak berbuka puasa bersama Sabturiah, tetapi mereka terkejut apabila melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.
“Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.
“Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan,” kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Polis yang menyiasat kes tersebut mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan mangsa.
Di fahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.
Menurutnya lagi, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang telah membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.
“Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga,” katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000.
{ 1 Comments... read them below or add one }
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
Selamat bercuti dan jika pulang ke kampug hati-hati di jalanraya
Blog aku pun cuti gak ….hehhheeh
Tapi entri tetap ada sepanjang hari..
Cuma tak ler blogwalking …hahahahah
Selamat Hari Raya
15 Agustus 2012 pukul 22.27
Posting Komentar