Penyampai radio Suria FM, Kenchana Dewi mengakui gementar bagi mengendalikan segmen Breakfast@Suria tanpa kehadiran dua gandingannya iaitu Halim Othman dan Nabil Ahmad pada Hari Raya nanti.
Kenchana berkata, dia akan mengendalikan segmen tersebut bermula pada Hari Raya pertama sehingga Hari Raya ketiga.
"Kedua-dua mereka mengambil cuti raya dan ini adalah pengalaman pertama saya mengendalikan segmen itu tanpa mereka dan harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya.
Dalam pada itu, Kenchana tetap teruja bagi menjalankan tugas kerana kemunculannya secara solo itu nanti turut menjadi satu cabaran dalam kerjayanya sebagai deejay radio.
Dia juga akan cuba sebaik mungkin bagi memastikan semua pendengar Suria FM terhibur bersama seleksi lagu Hari Raya yang diputarkan.
"Takut memang takut tetapi saya perlu lakukan walaupun tanpa kehadiran Nabil dan Halim dan ini adalah peluang saya untuk melakukannya tanpa kehadiran mereka," ujarnya.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar