Puteri Umno Sabah Sokong Naikkan Royalti Minyak

on 23 Agustus 2012


Puteri Umno Sabah berharap perbincangan selanjutnya membabitkan semakan semula royalti minyak akan membawa keuntungan kepada Sabah dan  Negara. 

"Memang patut royalti minyak Sabah dikaji semula. Kita memang mahu ianya dinaikkan.

"Tetapi kita juga berharap hasilnya nanti memberi keadaan menang-menang kepada rakyat dan kerajaan," kata Ketuanya Musliati Moslimin, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau yang ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya, ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam, yang dilapor berkata kerajaan negeri terbuka mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat berhubung isu itu.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

THE AUTHOR mengatakan...

Mungkin sudah tiba masanya Sabah dapat kenaikan royalti...lama sangat dengan kadar yang sama..


23 Agustus 2012 pukul 19.40

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved