Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari dibawah akta BAFIA.
Rafizi telah ditahan atas tuduhan telah mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya iaitu Mohd Salleh Ismail.
Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya kira - kira pada jam 7 pagi ini.
“Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang,” katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
“Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa,” katanya.Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa telah mendedahkan butir-butir peribadi perbankan NFC dan pengarahnya.
Syarikat NFC itu dikendalikan oleh suami dan anak - anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Rafizi Ditahan dan Didakwa Bawah Akta BAFIA
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar