Pelakon Rita Rudaini Mokhtar tidak lagi berhasrat untuk meneruskan berbincang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak walaupun selepas dinasihati secara lisan oleh hakim mahkamah.
Menurut mStar Online, Rita beranggapan "perbincangan secara peribadi rasanya tidak perlu disebabkan kes ini telah pun dibawa ke mahkamah," ujar Rita apabila ditemui ketika sesi penggambaran filem Pengapit di sini pada Selasa.
Terdahulu pada prosiding 10 Julai lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menasihati pasangan itu supaya berbincang dahulu secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga sempena kedatangan bulan Ramadan.
Wan Mahyuddin turut memberitahu pihaknya tiada mempunyai masalah jika mereka berdua ingin bercerai sekiranya kemelut rumah tangga mereka gagal diselesaikan. Kes berkenaan disambung pada 7 Ogos ini.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Rita kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Pengapit arahan Wan Hasliza sebelum pulang berhari raya di Perlis selama seminggu.
Rita berkata, dia telah membuat beberapa persiapan awal untuk dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
"Yang penting anak-anak dan persiapan untuk mereka semua telah siap kerana sepanjang bulan Ramadan ini saya sering sibuk di lokasi penggambaran," katanya.
Tambahnya lagi, selepas hari raya nanti dia akan terus kembali ke set penggambaran drama bersiri Ku Pinang Kau Dengan Bismillah serta beberapa projek lain.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar