Penampilan Atlet Negara Perlu di Jaga – Khairul Fahmi

on 02 Agustus 2012



Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) meminta para atlit negara supaya menjaga penampilan diri walaupun ketika berada di gelanggang perlawanan kerana ia juga mampu memberi kesan kepada imej negara.


Apek, 23, berkata, memandang para atlit kini dilihat sebagai selebriti dan juga Artis, penjagaan diri amat penting kerana ia dapat menonjolkan imej positif ke mata umum seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakan atlit luar negara.


"Pada pendapat saya, masyarakat sudah mula melihat atlit negara kita terutamanya mereka yang terlibat dalam sukan bola sepak sebagai sumber inspirasi. Jika selebriti sukan ini menjaga penampilan masing-masing,sudah tentu sahajalah akan sedap mata memandang.
"Malah, saya percaya penampilan yang menarik juga mampu memberi semangat dan keyakinan untuk seseorang itu beraksi dalam perlawanan," katanya selepas diumumkan menjadi duta produk lelaki jenama Brylcreem di Hotel One World, di sini, Selasa.


Tambah Apek, ikon pemain bola sepak seperti David Beckham memberikannya inspirasi buat dalam menggayakan rambut serta fesyen pakaian.


Sementara itu, pemilihan Apek sebagai duta gel rambut Brylcreem sangat menggembirakan Beliau memandang sejak dahulu lagi, dia sering menggunakan produk itu sebelum beraksi di padang.


"Jujur saya katakan, sudah lama saya memakai jenama Brylcreem dan tak sangka pula kini saya menjadi duta kepada produk ini.


"Saya teruja kerana diberi peluang seperti ini, lebih-lebih lagi dapat menyertai barisan bintang sukan lain terutamanya David Beckham untuk mewakili Brylcreem di Malaysia," tuturnya.


Sementara itu Pengurus Pemasaran Bahagian Rambut Malaysia dan Singapura, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Ashlee Ng berkata, pemilihan Apek amat bersesuaian dengan keinginan Brylcreem di mana Apek memiliki gaya dan pesona tersendiri dalam penampilan imejnya.


"Dia memiliki keterampilan diri yang hebat ketika beraksi di padang dan mempunyai semangat yang tidak mudah mengaku kalah.


"Kerana ciri-ciri itu, pihak kami melihat Apek layak untuk dijadikan ikon. Kami berbangga kerana mempunyai seorang individu berkaliber bagi mewakili produk ini," katanya.
 
Derma [LIKE] Anda!


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Jahirah mengatakan...

kalau selekeh...larilah peminat...huhu


2 Agustus 2012 pukul 09.23

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved