Tahniah diucapkan buat penyanyi Rini, atau Nama sebenarnya Zuzafrini Binti Zulkifli,27 , yang baru sahaja selamat melahirkan bayi sulungnya di Hospital Putrajaya pada jam 10.10 pagi tadi. Bayi comel yang diberi nama Maryam Joanna binti Johanis ini telah dilahirkan secara pembedahan disebabkan beratnya mencecah 4.25kg.
Menurut Rini pengalaman bersalin kali pertama adalah sesuatu yang baru dan cukup bermakna buat dirinya. "Pertama kali tengok wajah anak, saya menangis terharu sebab dia selamat dan berada dalam keadaan sihat. Sekarang, baru saya faham bagaimana perasaan seorang ibu yang melahirkan anaknya. Suami juga kelihatan teruja bergelar ayah. Lebih menarik, sebaik saja lahir, 'baby' kami sudah pandai menyusu badan," ujar Rini yang mengakui sedih tidak dapat menikmati juadah raya tahun ini kerana perlu berpantang.
Sepanjang berada di hospital Rini turut ditemani suami dan kembarnya Rina yang juga dijangka akan bersalin pada bulan Oktober tidak lama lagi.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar