Dedah Jenayah Facebook Pada Murid Sekolah

on 09 Agustus 2012



Mulai tahun depan, pelajar sekolah menengah dan rendah di negara ini akan didedahkan kepada bahayanya laman sosial yang boleh mengundang mereka kepada risiko menjadi mangsa penculikan dan penipuan terancang.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid, berkata siri ceramah dan bengkel ini dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) akan dilaksanakan berikutan peningkatan kes penipuan remaja dan wanita tempatan khususnya di Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan program yang dianjurkan oleh pihaknya dengan 150 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara, kesedaran terhadap bahaya penipuan seperti menjadi mangsa janji manis sindiket ‘Awang Hitam’ masih belum mencapai sasaran.

Ramai wanita tempatan masih terpedaya dan jadi mangsa penipuan hasil perkenalan menerusi laman sosial seperti Facebook. Saya hairan bilangan mereka bukan berkurangan, sebaliknya bertambah termasuk mem-babitkan wanita profesional walaupun pelbagai program dilaksanakan termasuk pendedahan menerusi media massa,” katanya.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved