Zed Zaidi Cadang Tubuhkan Badan Khas

on 09 Agustus 2012



Bagi membantu golongan artis,Kini Presiden Seniman, Zed Zaidi, telah mengemukakan cadangan bagi menubuhkan sebuah badan khas yang akan bertanggungjawab bagi mengutip royalti untuk pelakon Malaysia.

Katanya, Seniman bercadang menubuhkan badan pengurusan mengutip royalti pelakon iaitu Malaysian Screen Actors Guild Berhad (MSAG).

Golongan pelakon ini juga berhak menikmati faedah yang sama termasuk royalti seperti penyanyi, komposer dan penulis lirik sebelum ini.

“Sudah menjadi ‘trend’ stesen televisyen sekarang, mereka lebih banyak menyiarkan drama atau filem secara ulang tayang, sedangkan pelakon tidak mendapat royalti.

“Penubuhan badan ini mampu memberikan hak yang sepatutnya kepada pelakon, sama seperti pemuzik daripada penyiar tempatan seperti Astro, Media Prima, RTM serta penyiar IPTV. Pun begitu, ia masih di peringkat awal dan saya sangat berharap agar ia dipertimbangkan secepat mungkin
,” katanya.


Menurut Zed lagi, jika cadangan ini diluluskan oleh KPDNKK dalam masa terdekat, badan tersebut akan ditubuhkan pada tahun ini.

Perancangan MSAG, ia bukan sahaja bertanggungjawab mengutip royalti, malah berfungsi menjaga kebajikan, penetapan kadar bayaran dan had waktu bekerja, gaji, kesihatan dan suasana pekerjaan,” katanya.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

THE AUTHOR mengatakan...

Bagus ini untuk mereka..!!


9 Agustus 2012 pukul 23.49

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved