Selepas beberapa ketika popular sebagai penyampai radio, pengacara, kini selebriti yang terkenal dengan rancangan kelolaannya 'Suria Cinta' maju setapak lagi dalam bidang seni apabila dia bakal bergelar seorang pelakon pula.
Penyampai radio Suria fm ini akan tampil dalam filem 'MAFIA' dan memegang peranan sebagai seorang inspektor polis wanita. Filem ini dijangka akan memulakan penggambaran beberapa hari lagi dan turut menampilkan beberapa pelakon popular tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Qazem Nor, Zila Bakarin dan ramai lagi.
"Bagi Kak Lin, ini adalah permulaan yang besar dalam sejarah kerjaya. Alhamdulillah, Kak Lin dapat kembangkan lagi bakat seni dan terima aksih kerana memberikan kak Lin peluang. Sejak daripada kecil lagi, Kak Lin memang bercita-cita mahu menjadi Pegawai Polis tetapi cita-cita tersebut berkubur begitu saja. Jadi, apabila diberikan tawaran ini Kak Lin rasa agak teruja untuk mencuba," katanya yang tidak menolak jika ada tawaran lain lagi menyusul selepas ini asalkan wataknya bersesuaian.
Selain berlakon, selebriti wanita ini juga baru sahaja merakamkan single pertama yang berjudul 'Ranting Kenangan' ciptaan komposer terkenal Eddie Hamid. Tahniah dan Semoga
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar