Bekas pelakon cilik yang pernah satu ketika menjadi bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, dipercayai hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi.
Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan bagi membeli pelbagai jenis ubat yang terlarang.
Malah Macaulay telah berhijrah ke Manhattan bagi sama - sama menyertai pesta dadah.
Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan untuk meneruskan hidupnya dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin.
"Saya lihat sendiri bagaimana dia boleh ambil semua itu dalam satu masa," kata sumber.
Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan disebabkan putus cinta dengan Mila tahun lalu.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar