Adam AF Sudah Boleh Ubati Penyakit Misteri

on 04 Agustus 2012



Penyanyi Adam AF 2 mengakui dia sekarang sudah boleh merawat beberapa penyakit misteri oleh seseorang selepas mendalami ilmu perubatan Islam tersebut sejak dua tahun lalu.


Menurut Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, kebolehan itu telah membuatkan dia merancang untuk membuka sebuah klinik perubatan Islam di sekitar Kuala lumpur tidak lama lagi.


Selain penyakit sihir, saya juga boleh mengubati pesakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.
Alhamdulillah, setakat ini rawatan penyakit asas sudah boleh saya lakukan sendiri. Banyak lagi ilmu perubatan Islam yang perlu saya pelajari. 


"Namun saya merancang untuk membuka klinik sendiri dalam masa terdekat ini," katanya.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, dia berharap agar masyarakat tidak tersalah tafsir mengenai rawatan yang dilakukan kerana ia bukanlah syirik di sisi Islam mahupun menjadi bomoh atau pawang.


Sebaliknya teknik atau cara rawatan yang dibuat adalah mengikut garis panduan yang berpandukan kitab Al-Quran selain daripada berdoa kepada Allah.


"Ada yang beranggapan, mengubat penyakit sihir adalah syirik tetapi harus diingat perubatan saya tidak menggunakan kaedah memakai tangkal atau memanggil makhluk halus kerana cara itu sudah dikira menduakan Allah," tuturnya.


Dalam masa yang sama, Adam juga menegaskan perubahan yang berlaku terhadap dirinya yang lebih bersifat Islamik sejak kebelakangan ini bukan bermaksud dia sudah berhijrah, namun ia adalah sebahagian tanggungjawabnya sebagai umat Islam yang pernah lalai sebelum ini.


Saya berharap orang luar tidak menganggap perubahan diri saya sebagai satu penghijrahan, sebaliknya ia ada adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam yang harus lakukan sejak dahulu lagi.


Pada mulanya, saya berjumpa dengan Ashraf Muslim menerusi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk mendalami ilmu agama dan kemudian barulah saya memecahkan cabang ilmu itu kepada mempelajari hal-hal perubatan Islam pula.


Alhamdulillah, setakat ini saya cuba memperbaiki kelemahan saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.

"Dan sebagai manusia biasa, biasalah, lebih dekat kita mahu mendekati diri kepada Allah, lebih banyak dugaan yang muncul. Bagaimanapun saya cuba mengharunginya dengan baik," tuturnya yang bakal muncul album solo terbaru berkonsepkan balada pada tahun depan. 

Derma [LIKE] Anda!



Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved