Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi telah mengambil cuti selama seminggu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri selepas 10 tahun tidak berbuat demikian.
Ally, 36, berkata, sebelum berkahwin lagi dia telah berhasrat untuk bercuti Hari Raya sekiranya dia berumah tangga bagi meraikannya bersama isteri dan keluarga.
"Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang bagi menyambut lebaran bersama isteri tersayang," katanya.
Ally ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6 di Plaza Alam Sentral pada malam Rabu lalu.Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah memohon untuk bercuti tetapi komitmen terhadap kerja telah membuatkan dia perlu berkorban demi tugas.
Dalam masa yang sama, Ally berkata, dia sangat terharu kerana dapat menyambut bulan Ramadan pertama sebagai suami kerana Farah Lee sedang bercuti selama tiga bulan daripada pengajiannya di Universiti In Ha, Korea Selatan.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar