Kumpulan yang dianggotai lima pemuda itu sebulat suara memilih NOAH sebagai nama baru bagi kumpulan yang sudah bertapak sejak 1997 itu.
Bekas ahli kumpulan Peterpan, Ariel, Uki, Lukman, David dan Reza mengumumkan nama baru kumpulan itu menerusi Twitter rasmi mereka sebelum sebuah sidang media khas mengenai perkara itu diadakan.
Setelah kelahiran nama baru ini, NOAH kini seakan memperolehi semangat baru untuk menyiapkan album baru mereka yang kini dikatakan sudah siap 80 peratus untuk dipasarkan kepada peminat mereka di luar sana.
Sebelum ini, kes Ariel telah menggemparkan semua peminatnya dengan penyebaran video aksi seks dengan bekas kekasihnya, Luna Maya dan juga aktress serta pengacara terkenal, Cut Tari pada 2010.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dijatuhi hukuman penjara selama tiga setengah tahun dengan denda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) oleh Mahkamah Daerah Bandung pada 31 Januari tahun lalu selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dikatakan sebagai pelakunya bersama dua artis wanita terbabit.
Bagaimanapun, dia telah diberi pembebasan bersyarat pada 23 Julai lalu selepas dia menjalani hukuman dengna berkelakuan baik.
Antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh mengulangi perbuatannya dan diwajibkan melapor diri ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.
Perbicaraan itu bermula pada 22 November 2010, juga mencatat sejarahnya kerana ia merupakan kes pornografi pertama yang diadili di mahkamah Indonesia.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar