Sebanyak 104 buah program Raya akan disajikan oleh TV berbayar Astro di 9 saluran. Pada 1 Ogos yang lalu, Astro telah mengadakan Majlis Tayangan untuk program raya bagi 9 saluran TV Astro di Hotel Royale Bintang Damansara Mutiara Damansara.
Ramai artis dan selebriti yang hadir dan berpakaian baju raya. Selain majlis berbuka puasa, persembahan lagu raya daripada artis dan penyampai radio Era dan Sinar juga turut dipersembahkan di pelancaran program Hari Raya Astro yang bertemakan Eratkan Jalinan.
Bagi meneruskan tradisi dalam menghimpunkan variasi program istimewa kepada para pelanggan, Astro tampil dengan tema Eratkan Jalinan yang menawarkan 104 program menerusi 9 saluran bersempena Aidilfitri ini.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, perancangan rapi yang sudah disusun untuk meneruskan kemeriahan program-program hebat bersempena musim perayaan ini.
“ Menepati tema kempen tahun ini iaitu Eratkan Jalinan, pengisian pelbagai genre program seperti telefilem, komedi, muzikal, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi dan filem sudah disusun untuk siaran secara berselang seli tanpa henti bagi memenuhi kehendak penonton kami. Lebih menarik lagi, buat pertama kalinya para penonton boleh menikmati koleksi program istimewa terpilih menerusi perkhidmatan inovatif Astro On-The-Go melalui saluran Astro Ria Plus. Penonton boleh menikmati program kegemaran mereka menerusi peranti pilihan masing-masing pada bila-bila masa.”Dalam pada itu, Astro turut berbesar hati menampilkan kisah pengalaman sebenar tiga selebriti tanah air yang juga artis eksklusif Astro iaitu Erra Fazira, Aaron Aziz dan Aznil Hj Nawawi mengenai memori sambutan Hari Raya yang belum pernah didedahkan sebelum ini.
“Ia adalah program istimewa yang memaparkan pendedahan tiga artis popular Erra Fazira, Aaron Aziz dan Aznil Hj Nawawi yang belum pernah dipaparkan selama ini,” katanya.Sebagai kelainan pada tahun-tahun lain, Astro turut memperkenalkan sebuah lagu Raya yang baru sahaja dirakamkan berjudul Eratkan Jalinan dendangan Aril Pilus, Fina (AF), Dina Nadzir dan Krill (Sinar FM), katanya.
Antara program menarik Hari Raya yang bakal disiarkan mengikut saluran adalah seperti berikut:
Astro Ria (saluran 104)
- KL Gangster 18 Ogos, pukul 9 malam (Filem)
- Mega Raya 2012 18 Ogos, pukul 11 malam (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
- Khurafat 19 Ogos, pukul 12.30 t/ malam (Filem)
- Propaganza Edisi Raya 19 & 26 Ogos, pukul 12 t/ hari (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
- Nusantara Raya Safee Sali 20 Ogos, pukul 6 petang (Realiti)
- Apa Dah Jadi 20 Ogos, pukul 10 pagi (Telefilem)
- Opocot Latahnya Raya 2 21 Ogos, pukul 1 petang (Komedi)
- Nenek Bongkok Tiga 1 September, pukul 10 malam (Telefilem)
- Kasih Andak 19 Ogos, pukul 12 t/ hari (Telefilem)
- Raya Hafiz Raya 19 Ogos, pukul 2 petang (Hiburan)
- Siapa Dapat Lisa 20 Ogos, pukul 12 t/ hari (Telefilem)
- Hati Seorang Wanita 23 Ogos, pukul 12 t/ hari (Telefilem)
- Konsert Reunion Pop Yeh Yeh 23 Ogos, pukul 2 petang (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
- Aku Janda Belum Kaya 24 Ogos, pukul 12 t/ hari (Telefilem)
- Destinasi Prihatin Ustazah Pilihan 19 & 20 Ogos, pukul 6.30 petang (Kembara) * siaran serentak di Mustika HD (134)
- Upin & Ipin Raya setiap hari minggu pertama Syawal, pukul 12.25 t/ hari & 6.55 petang (Animasi)
- Ceria Berhari Raya S3 setiap hari sepanjang bulan Syawal, pukul 7.30 malam (Hiburan)
- Karoot Komedia X Raya 24 Ogos, pukul 10 malam (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
- Lawak Ke Der? 25 Ogos, pukul 9 malam (Hiburan) * siaran serentak di Mustika HD (134)
- Konsert Wings: Best of Rock 19 Ogos, pukul 10 malam (Hiburan)
- Adam & Hawa setiap Isnin-Khamis bermula 27 Ogos, pukul 10 malam (Drama bersiri)
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar