Remaja Telan 80 biji Pil

on 04 Agustus 2012



Hanya disebabkan dek kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja telah nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Menurut sumber, remaja tersebut yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapanya  sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.
Anak bongsu daripada dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari untuk menyara teman wanitanya itu.


"Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” katanya, di sini, semalam.


Menurut sumber, pada hari kejadian remaja lelaki tersebut berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu.


Menurutnya, dia dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.


"Lelaki itu dipercayai telah menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya.


“Remaja itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved