Senarai Produk Samsung Dibatalkan Apple

on 28 Agustus 2012

Senarai Produk Samsung Dibatalkan Apple |Apple Inc hari ini telah menyerahkan lapan senarai produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.


Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaran Apple.

Bagaimanapun, Samsung kini merancang bagi mengemukakan rayuan.

Lapan produk telefon pintar terbabit adalah seperti diberikut :

  1. Galaxy S 4G
  2. Galaxy S2 AT&T
  3. Galaxy S2
  4. Galaxy S2 T-Mobile
  5. alaxy S2 Epic 4G
  6. Galaxy S Showcase
  7. Droid Charge
  8. Galaxy Prevail


Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh telah mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 juga dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi ‘reka bentuk paten’.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

THE AUTHOR mengatakan...

Hemm...berat kes ini.
Kalau buat kat Korea mungkin Samsung menang kot..hehehehe
Ini semua politik perniagaan dan monopoli barat...

Jemputan rasmi buat anda…
Promosi sikit……hehehe
Dijemput sertai segmen saya ini:
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html


28 Agustus 2012 pukul 22.05

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved