Dikatakan tulang singa kini telah menjadi satu komoditi yang laris dijual ke negara-negara Asia bagi digunakan untuk digunakan sebagai bahan rawatan tradisional.
Kebanyakan tulang tersebut dieksport ke Vietnam dan Laos.
Tulang-tulang tersebut selalunya diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang.
Kira-kira 500 ekor singa telah diburu secara sah pada setiap tahun di kawasan Afrika Selatan.
Pemburu-pemburu tersebut dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) bagi memburu singa manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing.
“Baru-baru ini, terdapat sebilangan besar warga dari Laos yang berminat untuk menyertai aktiviti memburu itu,” kata seorang pegawai daripada pertubuhan pemuliharaan singa, LionAid, Pieter Kat.
Tulang-tulang singa itu menjadi popular bagi dijadikan ubat pengasih.
Ia menjadi rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan berdasarkan undang-undang antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu semakin berkurangan.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar