Bilangan Bayi Lahir Pada 1 Syawal Di HKL Meninggkat

on 22 Agustus 2012


Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan jumlah tertinggi bayi yang dilahir pada 1 Syawal di Lembah Klang iaitu 25 bayi.

"Seramai 15 bayi lelaki dan 10 perempuan lahir semalam dengan bayi pertama lahir pada pukul 12.54 pagi. Kesemua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat," kata seorang jururawat di wad bersalin HKL ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bayi kembar pada Aidilfitri tahun ini dijangka dilahirkan menjelang malam raya.

Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, seramai 20 bayi dilahirkan pada 1 Syawal iaitu 11 bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan manakala hanya seorang bayi dilahirkan pada pukul 2 pagi semalam di Hospital Pantai di Ampang.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved