Ayu Raudhah Berhasrat Berjumpa Rita Rudaini

on 11 September 2012

“Saya sedia berjumpa dengan dia (Rita Rudaini) jika tindakan tersebut boleh menjernihkan keadaan. Saya tidak ada sebarang masalah dengan dia dan saya  juga hairan mengapa hubungan kami jadi begini. 


Saya memang tidak mengenali dia secara dekat kerana sepanjang tempoh saya berkahwin dengan suami, kami tidak pernah berjumpa. Tetapi, saya pernah berjumpa dengannya sekali sewaktu sama-sama berlakon dalam drama Rafflesia tidak lama dahulu. Bagi saya, Rita seorang yang baik. Tak sangka pula boleh timbul masalah sebegini,” ujar Ayu berterus-terang.

Dalam pada itu, pelakon yang kini hamil 3 bulan ini menolak dakwaan yang mengatakan dia kini tertekan dengan kemelut yang dihadapinya.

“Memang tidak dinafikan saya dimarah serta dicemuh melalui akaun Twitter, tetapi saya tidak mengambil serius perkara tersebut. Jauh sekali berasa tertekan. Saya tidak ambil serius sangat tentang perkara ini kerana saya anggap ianya hanya satu salah faham.

Lagipun saya sudah terbiasa dengan hal-hal kontroversi sebegini. Sebagai seorang artis, saya tidak mungkin akan terlepas daripadanya. Susah hendak saya jelaskan perkara ini.

Bukan saya tidak pernah mencuba. Tetapi, bukan semua orang boleh terima penjelasan saya. Jadi, lebih baik saya diamkan diri.

Daripada sebelum kahwin sampailah sekarang ini, isu ini tidak pernah habis. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara kami. Suami pun nasihat supaya tidak panjang-panjangkan hal ini, ” ujar Ayu lagi.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved