Faezah Elai Akaui Cepat Penat Sejak Hamil

on 11 September 2012

Pelakon, Faezah Elai akui dia kini sedang berehat sepenuhnya daripada menerima apa sebarang tawaran berlakon sehingga selamat melahirkan anak sulungnya kelak.


Faezah Elai yang kini sudah hamil 5 bulan memberitahu dia membuat keputusan demikan setelah menyedari sejak hamil dia jadi cepat penat dan malas bagi bersiap atau bersolek jika ianya menuntutnya berbuat demikian.

"Saya sudah berehat daripada berlakon setelah saya disahkan hamil 2 bulan yang lalu dan kali terakhir saya menjalani penggambaran adalah drama Andai Ku Tahu. Sejak hamil, saya jadi cepat penat sera malas bagi  melakukan apa-apa.

"Jadi saya buat keputusan untuk berehat sahaja dan tinggal di rumah. Lagi pun saya mengalami alahan yang teruk buat masa sekarang ini. Saya tidak rasa boleh bekerja kerana saya jadi malas untuk melakukan apa-apa sehinggga malas bersiap atau bersolek.

"Namun, jika saya perlu keluar menghadiri majlis saya paksakan diri juga untuk bersiapa dan bersolek. Cuma agak lambat dan melakukannya sedikit demi sedikit mengikut mood," katanya kepada selepas majlis ulang tahun RedComm, kelmarin.

Bagaimanapun, Faezah Eali memberitahu akan segera kembali berlakon setelah dia melahirkan cahaya matanya pada Februari tahun hadapan.

"Saya rasa saya akan segera kembali berlakon sebaik sahaja melahirkan anak. Rasanya saya tidak akan mengambil masa yang lama bagi kembali selepas bersalin.

Lihat pada keadaannya nanti, tetapi saya yakin tidak akan menunggu anak saya besar untuk kembali berlakon," jelasnya lagi.

Faezah yang mendirikan rumahtangga bersama pengarah, Heykal Hanafiah pada 9 September lalu bakal muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie. 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved