Hanya kerana lewat 2 minit tambah nilai telefon bimbit RM10, seorang remaja lelaki terpaksa menerima 8 jahitan di lengan kiri akibat ditetak rakan baik menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Batu 22, Jalan Kuching-Serian, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam tersebut, mangsa dikenali sebagai Phang, 18, telah diserang rakan baiknya, dikenali sebagai Abi, 25, berhampiran kedai runcit disebabkan mangsa lewat 2 minit membelikan kad tambah nilai seperti diminta.
Menurut mangsa, Abi yang bekerja di Sibu sedang bercuti dan datang ke rumahnya kerana ingin meminjam telefon bimbit bagi menghubungi rakannya di Sibu.
Katanya, dia memberitahu kepada Abi kredit telefon bimbitnya tinggal sedikit, tetapi Abi tetap ingin meminjam telefon dan berjanji meminta rakan yang dihubungi menambah nilai kredit telefonnya.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar