Penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini
meluahkan hasrat ingin terus mengembangkan bakatnya di Semenanjung Malaysia.
Mula mencipta populariti dengan lagu "Anak Kampung", duet bersama kumpulan One Nation Emcee, nama Jimmy Palikat semakin kini dikenali dengan rentak lagu yang begitu menarik perhatian pendengar.
Penyanyi yang memulakan kariernya sebagai penyanyi sepenuh masa pada tahun 2002 ini turut berkongsi akan meriliskan satu lagi single terbaru berjudul "Aku Datang KL" yang diinspirasikan daripada pengalaman hidupnya sendiri.
Bapa kepada 5 orang anak ini turut berkongsi rasa gembira selepas lagunya sering kali dimainkan di corong radio serta sangat berterima kasih diatas penerimaan tersebut.
"Saya amat berterima kasih dengan penerimaan pendengar terutamanya di Semenanjung Malaysia. Saya akan terus berkarya serta cuba menghasilkan lagu yang digemari semua," ujarnya ketika ditemui di Saloma Bistro baru-baru ini.
Apabila ditanya adakah dia akan terus menetap di Kuala Lumpur selepas ini, penyanyi berusia 34 tahun ini memberitahu dia masih belum ada perancangan ke arah tersebut.
"Anak saya masih kecil lagi. Anak sulung baru berusia 7 tahun manakala yang paling kecil pula berusia 8 bulan. Rasanya lebih elok mereka tinggal di sana sementara habiskan persekolahan mereka dahulu.
"Lagipun saya masih menerima undangan nyanyian di sana, jadi tidak masalah bagi meneruskan karier di Sabah dan juga di Kuala Lumpur."
Dia turut memberitahu dia bakal berkolaborasi sekali lagi bersama One Nation Emcee bagi lagu lama, "Apa Punya Taukeh" yang diberi nafas baru kelak.
Pernah menghasilkan sebuah album berjudul "Akan Ku Buktikan", Jimmy memberitahu dia berhasrat berduet dengan Linda Onn kerana amat meminati juruhebah radio Suria FM itu jika berpeluang.
"Bukan tidak teringin berduet dengan penyanyi terkenal, tetapi saya merasakan suara Linda Onn seperti kena dengan saya serta memang sesuai. Namun ini semua hanya dalam perancangan sahaja," akhirinya.

{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar