Menggunakan Facebook Tarik Pelangan

on 03 September 2012



Dengan hanya mengenakan bayaran serendah RM150 setiap seorang, 2 juruhebah (DJ) bebas telah dikesan menubuhkan satu laman web sosial untuk  menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang pagi kelmarin.

Bagi peminat muzik tersebut yang ingin menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.

Difahamkan, 2 penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan pada 25 Ogos lalu setelah menarik 24 individu termasuk beberapa gadis yang meminati muzik berkenaan.

Pada masa sama,  2 penganjur tersebut dikatakan telah memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved