Seorang Polis Ditahan Positif Dadah

on 03 September 2012



Seorang anggota polis seolah-olah tidak serik mengambil dadah walaupun pernah ditahan atas kesalahan sama apabila dia sekali lagi dicekup ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Batu 4 1/2, Sentul di sini semalam.

Anggota polis berusia 30 tahun yang pernah digantung tugas setelah  didapati positif dadah tersebut ditahan bersama 46 individu lain yang turut berada di premis berkenaan pada pukul 2.30 pagi.


Difahamkan, ketika serbuan, lelaki berkenaan sedang berhibur bersama 3 rakan lelaki dan seorang wanita di dalam sebuah bilik di premis itu.

Sumber memberitahu, anggota polis berkenaan yang telah 8 tahun berkhidmat di Bahagian Narkotik Bukit Aman didapati positif syabu setelah menjalani ujian air kencing.

“Anggota polis tersebut yang masih bujang sebelum ini pernah digantung kerja kerana positif dadah pada hujung 2011,” katanya.

Tambahnya, dalam serbuan itu, polis memeriksa 64 pengunjung dan 47 daripadanya ditahan selepas didapati positif pelbagai jenis dadah.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved