Siti Nordiana Kawin Letak Syarat

on 03 September 2012



Penyanyi Siti Nordiana memberitahu bahawa beliau hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila telah bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya iaitu Mohammad Ryyan Nakhaie, 4 tahun.

Siti Nordiana yang lebih mesra dengan sapaan Nana memberitahu, dia meletakkan perkara tersebu sebagai kriteria utama dalam mencari jodoh kerana keutamaannya kini adalah kepada anaknya itu.

"Secara dasarnya saya sudah bersedia bagi kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut boleh menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

"Tambahan pula tanggungjawab lelaki itu nanti bukan mudah kerana perlu membesarkan anak saya dan sebab itu saya mahu calon suami saya itu nanti benar-benar bersedia," katanya.

Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Nana mengakui dirinya kini sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih diperingkat awal.

Nana berkata, dia ingih mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah 2 kali.

"Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan kali ini saya mahu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan tambahan pula saya mencari seorang lelaki yang boleh menjadi bapa kepada anak saya.

"Barangkali lelaki yang saya sedang berkawan itu adalah orangnya atau pun mungkin tidak, Nana mahu cari yang terbaik," ujarnya.

Ditanya mengenai jejaka tersebut, Nana, 28, memberitahu dia sudah lama mengenalinya dan dia juga sedang berusaha memikat hati Ryyan.

"Dia sebaya dengan Nana dan belum pernah ada pengalaman dengan kanak-kanak jadi dia kini sedang membiasakan diri dengan situasi baru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

Jika ada jodoh Nana terima dengan seadanya," ujarnya.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved