Mengakui mengetahui tentang persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu bahawa dia berasa pelik mengapa isu tersebut baru dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.
“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September ini hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ke-3 saya terlibat bersama persembahan tersebut.
“Untuk majlis tersebut, saya hanyalah dijemput bagi mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.
“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi bagi membuat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan kemungkinan isu tersebut dibangkit setelah dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.
“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster tersebut. Tapi, kenapa baru tahun ini isu hangat dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya telah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.
“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang bagi membuat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui serta bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.
{ 1 Comments... read them below or add one }
ape punya kayu la budak pompuan nie..hmm
11 September 2012 pukul 00.03
Posting Komentar